Saturday, February 28, 2009

KEGUNAAN LINTAH

LINTAH PERUBATAN ( HIRUDO MEDICINALIS )

Umumnya cuma terdapat 650 spesis lintah sahaja yang telah dikenalpasti hinga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.

SEJARAH PERUBATAN LINTAH

Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman hippokrat. Menurut penulisan Sanskrit,Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan "pegang madi di sebelah tangan dan lintah di sebelah tangan lagi".

Sumber:-
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1158321476138&pagename=Zone-English-HealthScience%2FHSELayout

Friday, February 27, 2009

FAKTA LINTAH

  1. Terdapat 650 spesis lintah
  2. Lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
  3. Kira-kira 1/5 dari spesis lintah hidup di laut yang memakan ikan
  4. Lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
  5. Lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun di mana lintah itu membawa anak-anaknya di atas perut sendiri. Kadang kala mencapai 300 ekor.
  6. Tidak semua lintah penghisap darah. Kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
  7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untk menghisap darah. Iamemasukkan proboscis panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya.
  8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius.
  9. Lintah Hirudo menyunttik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah.
  10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh jatuh dari mangsa dengan sendiri
  11. Lintah akan mengembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
  12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatan kira-kira pada tahun 1000 sebelum Masihi. Kemungkinan ketika India purba
  13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan ke dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
  14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gout
  15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
  16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah

Sumber:-
http://www.tamannegara.org/leeches.htm
http://www.austmus.gov.au/factSheets/leeches.htm.
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/2/23/lifefocus/20185761&sec=lifefocus

INFORMASI LINTAH SEPINTAS LALU

Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah satu sejarah perubatan yang paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh didokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintah Mesir dan cara penggnaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.

Beberapa dekad yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden.Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam vena setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembehahan penjanaan semula.

Sumber:-
http://www.blutegel.org/leech/leech_therapie_history.htm
http://www.leeches.biz/medicine-leech.htm

BIOLOGI LINTAH

Dalam dunia terdapat 650 spesis lintah yang telah wujud di kawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyaikedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu mengawan dengan lintah lain untuk pembiakan. Kebanyakkan lintah memiliki pengisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.

Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Faktor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotik yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium aeromonan hydophila. Bakteia ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan, Pada masa kini, kejuruteraan genetik digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

Sumber:-
http://www.science.mcmaster.ca/Biology/Harbour/SPECIES/LEECHES/LEECHES.HTM
http://www.aquanic.org/publicat/state/il-in/faq/leeches.htm

MUKADDIMAH

SELAMAT DATANG WARGA PELINTAH SARAWAK

Mungkin anda sedia maklum bahawa kursus-kursus mengenai penternakan lintah ini jarang kali diadakan di Sarawak. Kalau pun ada cuam dapat dihitung dengan jari sahaja. Barulah kedengaran awal Januari kursus-kursus ini giat dijalankan. Kita telah mendapat ilmu macam mana menternak lintah ini pada akhir Disember 2008 tetapi sambutan tidak menggalakkan. Kumpulan kita pada masa itu cuma 5 orang sahaja temasuk seorang wanita.

Dengan ilmu yang masih cetek kita telah cuba sedaya upaya untuk membuat kolam lintah menggunakan politank. Boleh tengoklah kolam lintah kita.




Biasalah masalah utama yang menjadi kekangan kita pada masa itu ialah masalah mendapatkan induk lintah. Pada 17.12.2008 kita mendapat induk lintah pertama malangnya hampir semua induk itu mati. Cumabeberapa ekor induk lintah yang hidup. Mungkin induk berkenaan keletihan disebabkan perjalanan yang jauh. Inilah induk lintah kita yang mati. Kesian................



Pada awal Februari 2009 kita telah menerima induk lintah yang baru. Semuanya sihat-sihat belaka. Hampir dua minggu induk-induk lintah ini bertelur dan sekarang ini ada kelihatan anak-anak lintah berenang dalam kolam.




PENYEDIAAN KOLAM FIBER/POLITANK

HABITAT YANG SESUAI

Untuk permulaan kita mesti menyediakan tempat tinggal lintah atau kolam seakan-akan sama seperti tempat inggal asal lintah contohnya seperti paya ataupun sungai. Lintah lebih gemar mendiami tempat yang redup dan lembab. Tangki fiber atau politank hendaklah direndam dengan batang pisang terlebih dahulu iaitu selama seminggu untuk menghilangkan bahan kimia. Selok-eloknya kolam hendaklah berada di bawah redupan pohon atau tempat yang lembab.






Sumber:-
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/2/23/lifefocus/20185761&sec=lifefocus.
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/4/11/north/20890124&sec=North


PENERANGAN


1. PASU TANAH LIAT

Kita gunakan pasu tanah liat kerana lintah amat gemar tinggal di bawah pasu ini yang berkeadaan sejuk dan menjadi perumah bagi lintah

2. JARINGAN SEMAIAN

Ia digunakan untuk meredupkan sekeliling kolam tersebut. Ini kerana lintah lebih agresif mengawan dalam keadaan yang gelap dan dingin. Selain itu, tujuan kkita memilih jaring semaian ini adalah mengelakkan kolam dari dimasuki nyamuk dan menjadi tempat pmbiakan nyamuk

3. KELADI BUNTING DAN POKOK KIAMBANG

Keladi bunting dimasukkan adalah bertujuan menjadi tempat lintah bertelur. Telur yang berbentuk kokun akan melekat pada akar-akar pokok keladi bunting. Selain keladi bunting, kita juga galakkan anda menggunakan pokok kiambang. Mungkin pokok-pokok in menjadi masalah untuk anda?. Mungkin juga ianya susah untuk diperolehi. Anda boleh menggunakan teknik terbaru iaitumengunakan papan atau tunggul kayu.Papan atau tunggul kayu ini dibiarkan terapung untuk mendapatkan lumut semula jadi dan menghasilkan organisma kecil dari kayu dan papan tadi.


Saturday, February 21, 2009

PERIHAL LINTAH

PENGENALAN


Lintah kini telah mengikut jejak lebah dan gamat di mana ia mempunyai nilai komersil yang tinggi untuk dijadikan pelbagai produk berkaitan kesihatan dan dalam kosmetik. Kira-kira 80% lintah dieksport dalam bentukekstrak cecair untuk kegunaan industri kosmetik. Lintah kini diternak secara efektif dan komersil selepas menyedari potensi besar lintah terutama dalam industri kosmetik luar negara.

Perkembangan teknologi dunia perubatan dan kosmetik yang melibatkan haiwan eksotik seperti lintah bukanlah suatu perkara yang baru di negara Eropah dan ini merupakan satu peluang untuk diterokai seterusnya mengkomersilkannya di Malaysia dan Asia. Kegiatan agroteknologi secara tidak langsung memberi impak yang besar kepada bidang farmasiutikal, herbasiutikal, komesiutikal, industri bioteknologi, kontrak penyelidikan dan juga bidang pengeluaran.

Sumber:-
http://www.voanews.com/english/archive/2004-07/a-2004-07-08-19-1.cfm
http://www.mysarawak.org/2009/02/22/leeches-%E2%80%93-allies-of-medicine.html
http://www.darkbanquet.com/info.php?page=575