Tuesday, March 10, 2009

PERJUMPAAN DENGAN PELINTAH KABONG





Pada 09.03.2009, kita berkesempatan berjumpa dengan pelintah dari kawasan Kabong. Kebetulan hari itu kita balik dari Kuching dan kesempatan itu kita ambil untuk berjumpa dengan teman-teman ketika berkursus dulu. Walaupun singkat tapi perjumpaan itu bermanfaat kerana kita banyak berkongsi pengalaman. Dengan lain perkataan kita"berbuang ambil" perihal ilmu melintah. Terima kasih saudara Mokthar dan Edeng. Teruskan perjuangan anda dan Selamat Melintah. Kesempatan itu juga kita ambil untuk merakam foto-foto kolam lintah teman kita tadi.


Tuesday, March 3, 2009

HABITAT...HABITAT....HABITAT

Perkara ini wajib diberi perhatian oleh semua penternak baru. Teori sahaja belum mencukupi tanpa praktikal. Faktor habitat perlu diteliti terutama sekali dari segi aspek tempat, cuaca panas dan lain-lainnya. Ketika kita terlalu ghairah untuk menternak lintah kita tidak terfikir bahawa perkara tadi merupakan kekangan perlu perlu di atasi. Jangan terlepas pandang bahawa kita perlu belajar kerana semuanya ini akan memberi kita kekuatan semula. Setiap masalah kita hadapi menjadi ilmu yang berguna. Antara masalah biasa yang mesti dihadapi ialah:-

- Induk lintah mati

- Susahnya mendapat induk lintah

- Air mudah berbau

- Suhu air panas

-Tumbuhan air tidak dapat hidup dengan sihat

Daripada pengalaman di atas tadi akan memudahkan kita menternak lintah pada masa akan datang. Apa yang penting ialah:-

- Pengawalan suhu dalam polytank

- Paras air yang berpatutan

- Tumbuhan air yang baik

- Penempatan lintah yang baik

- Kualiti air dan tanah yang baik

Monday, March 2, 2009

TERNAKAN POLYTANK


Kenapa memilih ternakan menggunakan polytank??. Sebelum ini saya banyak membaca artikel dan berkongsi pengalaman dengan pelintah yang tersohor. Terpulanglah dengan inisiatif masing-masing berhubung pemilihan kolam untuk ternakan lintah. Namun saya memilih polytank atas sebab-sebab berikut:-

1.Senang kutip lintah dalam polytank. Tidak memerlukan banyak tenaga. Tidak perlu masuk ke dalam untuk kutip.

2. Tidak perlu ruang yang besar. Pengasingan lintah lebih mudah.

3. Tidak ada risiko untuk bocor.

4. Penyelenggaraan polytank lebih mudah.



BANYAK KELEBIHAN POLYTANK

1. Menjimatkan ruang walaupun agak kecil. Letak depan dan belakang rumah pun boleh.

2. Kedudukan boleh diubah-ubah mengikut keselesaan.

3. Mudah untuk memantau pergerakan lintah.

4. Mudah untuk pembersihan kolam.

5. Senang untuk mengutip lintah. Memerlukan tenaga kerja yang sedikit.

6. Polytank tahan lasak dan tidak mudah pecah.

LINTAH DAN PERUBATAN

Lintah telah lama diketahui keistimewaannya dalam bidang perubatan sejakberabad-abad yang lampau sehingga kini. Khasiatnya terbukti dalam menggalakkan peredaran darah dan menghalang pembekuan darah. Ia juga banyak digunakan dalam pembedahan mikro (kecil) seperti dalam kes penyambungan anggota badan, menampal tisu kulit baru pada kulit yang rosak seperti kulit terbakar dan lain-lain rawatan lagi.

Ekstrak Hirudin - mengurangkan pembekuan-pembekuan darah dan melancarkan darah. Mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal-sengal badan.

Ekstrak Pheromone - merupakan hormon yang mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian pasangan, Berguna dalam masalah hubungan seksual.

Ekstrak Histamin - histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana dapat melancarkan darah di bahagian kemaluan lelaki.

Ekstrak Nitric Oxide - mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

Sumber:-

http://www.theinsider.com/news/754099_Demi_Moore_Lets_Leeches_Suck_Her_Blood.

http://www.yowazzup.com/2008_03_26/demi-moores-beauty-secret-is-blood-sucking-leeches.html.

Sunday, March 1, 2009

KENALI LINTAH

ASAL USUL LINTAH

Asal usul lintah ini ada dalam sirah iaitu Nabi Ayub yang badannya habis dimakan oleh ulat. Baginda berdoa kepada Allah supaya hati dan jantungnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada Allah S.W.T. Dengan berkat doa baginda, ulat tersebut jauh ke tanah dari badan Baginda lalu menjadi lintah dan ulat yang diterbangkan angin menjadi lebah. ".....dan sesungguhnya Nabi Ayub a.s merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada Allah Ta'ala. Kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-Nya. Lalu Allah Ta'ala menjatuhkan kedua-dua ulat dari diri Nabi Ayub a.s. Maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk mnusia....."
Sebab itulah kedua-dua makhluk ciptaan Allah S.W.T ini mempunyai banyak kebaikan kepada umat manusia hari ini.


Lintah dikenali sebagai haiwan inverterbrata iaitu haiwan tidak bertulang dan tidak berkaki. Ia boleh ditemui dengan pelbagai saiz iaitu 5mm hingga 450mm apabila memanjang. Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung badannya. Saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.


Penghisap hadapan (interior sucker) berfungsi sebagai alat pengesan cahaya, haba, pergerakan dan lain-lain bagi tujuan permakanan/menghisap darah. Manakala penghisap belakang (posterior sucker) berfungsi menyokong struktur bawah badan semasa bergerak atau melekat pada sesuatu permukaan serta membantu pergerakkannya (seperti ulat beluncas).

.
Terdapat 650 spesis lintah yang diketahui tetapi tidak semua sesuai digunakan dalam bidang perubatan. Mengikut kajian oleh Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2007, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan Malaysia dan selalu ditemui ialah Hirudinaria Manillensis.

Diketahui 20 jenis spesis sahaja yang dipelihara untuk perubatan. Di antaranya Hirudinaria Manillensis (lintah Asia), Hirudo Medicinalis (Europe), Macrobdella Decore (North America), Hirudo Niponnia(Jepun), Haementeria Officinalis (Central Aerica), Haementeria Depressa (South America), Amazon leech (Amazon) dan lain-lain lagi. Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali dari saiz asalnya di mana seekor lintah boleh menghasilkan 5 ekor hingga 20 ekor benih sekali bertelur dan seekor lintah mempunyai 32 otak, 5 pasang mata yang tersusun, 300 batang gigi, tiada paru-paru dan bernafas memalui kulit. Oksigen akan memasuki melalui kulit dan seterusnya disalurkan ke seluruh badan melalui saluran darah. Lintah termasuk dalam kumpulan "ANNELIDA" atau cacing. Memiliki kedua dua organ pembiakan jantina dan betina yang dipanggil 'hermapordit'. Jangka hayat seekor lintah dari 2 hingga 10 tahun (bergantung pada persekitaran dan pemakanan). Lintah menghisap darah yakni melekat pada kulit pemangsa di mana terdapatsalauran darah hampir dengan kulit pemangsa. Makanan berkhasiat untuk lintah adalah belut.

Sejak ribuan tahun, lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran. Kandungan hirudin yang tinggi di dalam lintah adalah anti-koagulan (menghalang pembekuan darah) yang sangat berkesan. Hirudin adalah sejenis protein yang diperolehi dari lintah tempatan(manillensis), berfungsi sebagai anti pembekuan semulajadi, dari beberapa penyelidikan, telah dibuktikan bahawa Hirudin boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan bagi menghalang pembekuan darah. Perkembangan pesat dalam bidang Bioteknologi dan Bioteknologi Molekul yang melibatkan teknik-teknik DNA Rekobinan dan proses penulinan protein membolehkan hirudin diperolehi, ditulin dan dihasilkan secara skala besar dalam pasaran membolehkan bahan ini digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk merawat beberapa jenis penyakit Thrombotik dan boleh digunakan semasa pembedahan dijalankan. Histamin pula berperanan sebagai Vasodilator (mengembangkan saluran darah). Kajian Profesor K Diakonov pada 1809 mendapati darah manusia yang dihisap yang berada dalam perut lintah tidak membeku, manakala keadaan sel darah merah adalah baik. Penyelidikan Highcraft pada 1884 mendapati Ekstrak lintah menghalang darah dalam tabung uji membeku dan ini memulakan penemuan Hirudin.


Saturday, February 28, 2009

KEGUNAAN LINTAH

LINTAH PERUBATAN ( HIRUDO MEDICINALIS )

Umumnya cuma terdapat 650 spesis lintah sahaja yang telah dikenalpasti hinga kini, tetapi hanya 15 jenis sahaja yang digunakan dalam perubatan. Lintah yang dikelaskan sebagai lintah perubatan, Hirudo Medicinalis, telah lama digunakan untuk merawat pesakit berabad lamanya.

SEJARAH PERUBATAN LINTAH

Rekod dokumentasi yang pertama menggunakan Hirudo Medicinalis untuk tujuan perubatan bertarikh seawal zaman hippokrat. Menurut penulisan Sanskrit,Dhavantari, bapa perubatan India, mengatakan "pegang madi di sebelah tangan dan lintah di sebelah tangan lagi".

Sumber:-
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1158321476138&pagename=Zone-English-HealthScience%2FHSELayout

Friday, February 27, 2009

FAKTA LINTAH

  1. Terdapat 650 spesis lintah
  2. Lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
  3. Kira-kira 1/5 dari spesis lintah hidup di laut yang memakan ikan
  4. Lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
  5. Lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun di mana lintah itu membawa anak-anaknya di atas perut sendiri. Kadang kala mencapai 300 ekor.
  6. Tidak semua lintah penghisap darah. Kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
  7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untk menghisap darah. Iamemasukkan proboscis panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya.
  8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius.
  9. Lintah Hirudo menyunttik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah.
  10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh jatuh dari mangsa dengan sendiri
  11. Lintah akan mengembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
  12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatan kira-kira pada tahun 1000 sebelum Masihi. Kemungkinan ketika India purba
  13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan ke dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
  14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gout
  15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
  16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah

Sumber:-
http://www.tamannegara.org/leeches.htm
http://www.austmus.gov.au/factSheets/leeches.htm.
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2008/2/23/lifefocus/20185761&sec=lifefocus