Sunday, March 1, 2009

KENALI LINTAH

ASAL USUL LINTAH

Asal usul lintah ini ada dalam sirah iaitu Nabi Ayub yang badannya habis dimakan oleh ulat. Baginda berdoa kepada Allah supaya hati dan jantungnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada Allah S.W.T. Dengan berkat doa baginda, ulat tersebut jauh ke tanah dari badan Baginda lalu menjadi lintah dan ulat yang diterbangkan angin menjadi lebah. ".....dan sesungguhnya Nabi Ayub a.s merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada Allah Ta'ala. Kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-Nya. Lalu Allah Ta'ala menjatuhkan kedua-dua ulat dari diri Nabi Ayub a.s. Maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan (mengeluarkan) darah (kotor), dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk mnusia....."
Sebab itulah kedua-dua makhluk ciptaan Allah S.W.T ini mempunyai banyak kebaikan kepada umat manusia hari ini.


Lintah dikenali sebagai haiwan inverterbrata iaitu haiwan tidak bertulang dan tidak berkaki. Ia boleh ditemui dengan pelbagai saiz iaitu 5mm hingga 450mm apabila memanjang. Badan lintah adalah leper dan mempunyai dua penghisap di kedua-dua hujung badannya. Saiz penghisap hadapan lebih kecil dari penghisap belakang.


Penghisap hadapan (interior sucker) berfungsi sebagai alat pengesan cahaya, haba, pergerakan dan lain-lain bagi tujuan permakanan/menghisap darah. Manakala penghisap belakang (posterior sucker) berfungsi menyokong struktur bawah badan semasa bergerak atau melekat pada sesuatu permukaan serta membantu pergerakkannya (seperti ulat beluncas).

.
Terdapat 650 spesis lintah yang diketahui tetapi tidak semua sesuai digunakan dalam bidang perubatan. Mengikut kajian oleh Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2007, lintah yang biasa digunakan dalam perubatan Malaysia dan selalu ditemui ialah Hirudinaria Manillensis.

Diketahui 20 jenis spesis sahaja yang dipelihara untuk perubatan. Di antaranya Hirudinaria Manillensis (lintah Asia), Hirudo Medicinalis (Europe), Macrobdella Decore (North America), Hirudo Niponnia(Jepun), Haementeria Officinalis (Central Aerica), Haementeria Depressa (South America), Amazon leech (Amazon) dan lain-lain lagi. Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali dari saiz asalnya di mana seekor lintah boleh menghasilkan 5 ekor hingga 20 ekor benih sekali bertelur dan seekor lintah mempunyai 32 otak, 5 pasang mata yang tersusun, 300 batang gigi, tiada paru-paru dan bernafas memalui kulit. Oksigen akan memasuki melalui kulit dan seterusnya disalurkan ke seluruh badan melalui saluran darah. Lintah termasuk dalam kumpulan "ANNELIDA" atau cacing. Memiliki kedua dua organ pembiakan jantina dan betina yang dipanggil 'hermapordit'. Jangka hayat seekor lintah dari 2 hingga 10 tahun (bergantung pada persekitaran dan pemakanan). Lintah menghisap darah yakni melekat pada kulit pemangsa di mana terdapatsalauran darah hampir dengan kulit pemangsa. Makanan berkhasiat untuk lintah adalah belut.

Sejak ribuan tahun, lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran. Kandungan hirudin yang tinggi di dalam lintah adalah anti-koagulan (menghalang pembekuan darah) yang sangat berkesan. Hirudin adalah sejenis protein yang diperolehi dari lintah tempatan(manillensis), berfungsi sebagai anti pembekuan semulajadi, dari beberapa penyelidikan, telah dibuktikan bahawa Hirudin boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan bagi menghalang pembekuan darah. Perkembangan pesat dalam bidang Bioteknologi dan Bioteknologi Molekul yang melibatkan teknik-teknik DNA Rekobinan dan proses penulinan protein membolehkan hirudin diperolehi, ditulin dan dihasilkan secara skala besar dalam pasaran membolehkan bahan ini digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk merawat beberapa jenis penyakit Thrombotik dan boleh digunakan semasa pembedahan dijalankan. Histamin pula berperanan sebagai Vasodilator (mengembangkan saluran darah). Kajian Profesor K Diakonov pada 1809 mendapati darah manusia yang dihisap yang berada dalam perut lintah tidak membeku, manakala keadaan sel darah merah adalah baik. Penyelidikan Highcraft pada 1884 mendapati Ekstrak lintah menghalang darah dalam tabung uji membeku dan ini memulakan penemuan Hirudin.


No comments:

Post a Comment